Weekend lepas adalah hari untuk bersuka ria. Pilihan tempat untuk bersuka ria tersebut adalah di Melaka Bandaraya Bersejarah. Melaka je uollss. Bukannye Langkawi, Sabah, Perth mahupun London…
Mula2 kami plan nak gi berdua jer…honeymoon gitu…hahaha. Then kebetulan parents pun nak datang KL, terus lah ajak sekali gi Melaka. Then ajak jugak kakak-kakak ku…last2 sekali semua join…satu family berkumpul di Melaka…takde yang tertinggal…
Saya dan hubby pergi hari Jumaat petang lagi. Kiranya stay 2 malam la. Yang lain-lain datang hari Sabtu je. Ramai betullah manusia di sana…weekend tu rasa ramai giler…budak sekolah pun ramai…nak cari parking punyalah susah! Oh Melaka memang dah maju la.
Kali nih fokus utama ke Melaka adalah untuk naik Menara Taming Sari, naik River Cruise, naik beca dan makan seafood di Umbai! Yang lain-lain tak nak pergi sebab dolu2 sudah pergi. Alhamdulillah, dapat jugak buat semua tu walaupun terpaksa beratur lama! Even nak makan kat Umbai tu pun menunggu lama okay!
Hari Ahad kitorang semua balik ke destinasi masing-maisng. Huhu sedihnya. Sunyi pulak bila dah berkumpul ramai-ramai tetiba tinggal berdua jer (nasib baik berdua). Gambar tak banyak lah sebab lupa nak charge bateri. Huh. Gambar lain ada dalam kamera adik dan abang ipar. Entah bila leh dapat. Gambar nih je lah yang ado.
*Me & hubby kat kota A Famosa…tiap kali datang Melaka mesti nak bergambar sini. Tapi kali nih lain coz bersama hubby! =)*
*okay gambar nih penuh sikit…panassssss sangat okeh! Malam pulak hujan*
*Mak & abah dalam beca. Kami pun naik beca. Adik2 pun naik beca. So kami 3 beca berkonvoi ker tempat-tempat menarik di situ seperti makam Hang Jebat, Jonker Street, etc. Fuhhh naik beca pun takut wehh*
*Ini gambar paling tak comel sekali. huhu ni yang nak kamera baru nih! Ini adalah di Dataran Pahlawan Jumaat malam tu…kami jalan2 disini…cantik malam-malam*
Ohhh itu saje gambar yang ade yer. Nanti bila dah dapat gambar saya upload lagi. Heheeee macamlah korang nak tengok kan. Hurmmmm bestnye bila dapat bercuti! So, next visit?




4 comments:
Melaka best ! bandar dia bersih je kan :)
Klik sini untuk pergi Blog Ailyl
Ailyl! Terkezut bila dapat komen u...wahhh mesti terbaca blog ni kan? hehe anyway selalu je intai ur comels blog... =)
awww...bestnye jenjalan sekali ngn hubby and family..bestkan melaka, berapa kali ke sana pun tetap rasa best sbb nama pun bandar bersejarah, mestilah unik...lawa skirt ayu tu...! dira sekarang suke pkai skirt kembang, anggun je rasa..hahha, syok sendiri dira ni
Dira : MElaka besttttt...makin maju....
owhh mekasih hehe...bila pakai skirts rasa macam ladies sangat kan? hiks
Post a Comment