Friday, March 9, 2012

Bercuti Di Saigon : Part 1

 

Assalam…

Dalam malas dan sibuk nih, saya mulakan jugaklah cerita percutian kami di Saigon aka Ho chi Minh City, Vietnam.

Kalau nak tahu kan, dah lama giler saya beli tiket AirAsia nih. Bulan Mei 2011 lagi…untuk terbang bulan Feb 2012…haaa kira la berapa lama saya tahan jer sabar nak tunggu ke Saigon nih. Hikhik. Dari berdua ngan hubby je, sampai dah bertiga…

Beli tiket awal pasal Mei tahun lepas kan ada sale gila-gila yang start dengan 10 sen tu kan? Haaaa akhirnya saya berjaya jugak beli tiket ke sini dengan harga..tetttttt…hehe tak yah lah bagitau harga ek…yang pasti berbaloi lah, walaupun bukan 10sen. Cuma kena bersabar nak tunggu tarikhnya tiba jer. Sebab harga tu just boleh terbang from Feb 2012.

Disebabkan nak ke sini bertujuan nak jalan-jalan, nak kenal Saigon dan juga nak bershopping…maka saya book baggage paling maksimum yang dibenarkan…harga baggage lagi mahal dari tiket, tahu? Maka haruslah kita menshoppingkan diri bila kat sini.

Sebelum ke sini, saya research dulu kat internet, baca blog-blog orang yang dah pernah pergi…dan juga saya dan hubby pun pernah ikuti kursus macam mana nak memborong di Vietnam nih. Lama dah gi kursus, sebelum book tiket lagi. Semangat nak berniaga nih. Hiks.

25 Feb lepas kami bertolak lah ke Saigon….flight petang pukul 6.50pm…dah nak maghrib dah…sampai dah malam. Takde buat apa just rest kat bilik layan TV yang banyak gile channel best, ngan online ajer. Apa-apa pun jomlah tengok gambar dulu…

 

*Dalam flight wajib nak amik gambar…cantik sangat view nih…senja sudah*

*Eh eh tak sampai 2 jam, dah pun nak landing di Saigon! Bandar dia sangat cantik! Serius! Kalau tengok malam la…lampu penuh, terang benderang*

 

*Dari airport nak ke hotel, kita naik teksi…Vinasun namanya…harga dalam $7 usd saja…*

 

*Nih esok paginya…saya dah tak sabar nak shopping di Ben Thanh market! Dari hotel kami nak ke sana kena naik teksi…berjalan boleh, tapi berpeluh gakla…huhu nasibla dah terbook hotel yang jauh. Dah siap bayar lak tu*

Seterusnya…kita sambung esok ek! Babai!

1 comment:

happyichigo♥ said...

hello lovely ayuuu!
mula-mulakan ayu, dira terkejut ayu gi melancong time preggy rupa2nya ayu beli tiket sejak tahun lepas...wah mesti seronok bawa baby dlm perut gi jalan2...