Thanks For Following Me!

Wednesday, April 25, 2012

Senarai Makanan

Cuti minggu ni mesti ramai yang balik kampung kan...maklumlah Selasa kan cuti Hari Pekerja...mesti korang sambung lama-lama kan...hamboii tak ingat nak balik keje dah. Sepatutnya saya pun tergolong sekali golongan yang nak bercuti lama tu tapi...tak jadi balik Ganu pulak.

Tunda lagi 2 minggu baru balik, atas sebab-sebab tak dapat dielakkan. Huhuhu...tapi sebelum balik, saya dah sediakan list makanan yang teringin. InsyaAllah kalau masih ada selera nanti ni antara makanan yang wajib saya serbu! Hihihi...yummm yummmm~

# Keropok lekor



# Nasi dagang



# Nasi minyak

# Nasi lemak



# Roti canai



# Ikan celop tepung




# Ketupat sotong




# Pulut durian/Pulut mangga



# Kuih mek comel



# Kuih jala mas



# Kuih buah tanjung




*semua gambar ni credit to Google.

Baju Pertama Si Comelku

 

Yang sebenarnya, saya belum mula lagi karnival shopping untuk baby…insyaAllah start minggu ni saya akan mulakan! Hehe. Semuanya barang for baby…baby…baby…no more for ummi…ummi…ummi…eh eh jap, ummi pun perlu shopping jugak…tapi sikit-sikit lah.

 

*Inilah dia baju pertama baby…comel kan sayang?*

Barang pertama yang saya beli untuk baby adalah romper nih! Kiranya ni adalah baju pertama buat si comelku. Masa beli nih, baby berusia 22 minggu…tapi belum tahu lagi nak beli pink ke biru…walaupun tak tahu lagi, ummi tetap pilih semua baju warna pink! Hehehe…lepas tu letak balik semua…kang tetiba boboi, sian pulak anak ummi nih semuanya pink bajunya nanti. Kalau sehelai dua tu ok lah…

Lepas tu ummi amikla warna putih je senang…kebanyakan semua saiz untuk newborn habis…aihhh susahnye nak cari. Lepas tu ni je lah yang berkenan. Warna putih, ada merah, dan ianya Disney’s Mickey Mouse! Comel! Walaupun untuk 3-6 months, tapi ummi amik jugak…hehehhe.

Lepas beli tu, asyik belek2 jer…rasa cam nak tido dengan baju ni…hehe. Neves nak shopping barang baby nih…maklumlah pengalaman pertama. Lama kemudian tu ummi rasa nak beli lagi sikit baju baby…warna yang rasa2 boleh pakai tak kisah boboi ke gegurl…so total sekarang baju baby dah ada 10 helai. Sikit je kan…kena beli lagi…kalau tak penat abah nak basuh selalu nanti. Hiks.

Set rompers dan stoking untuk baby…comel kan. Geram tengok corak dia comel2…tak kisah lah kalau boboi pun pakai aje yang pink ke, bunga2 ker…baby kan kecik lagi…kalau dah 3 months ke atas, barulah kisah. Itu kalau boboi lah. Hehe.

Banyak lagi barang2 yang perlu ummi dan abah beli nih…baju takpe mungkin boleh lambat2 sikit. Kena dahulukan barang2 yang susah2 dan pelik2 ni…hihi. Target saya, masuk 30 weeks tu at least hampir lengkap dah semua barang yang perlu ada. Yang lain2 topup sikit2 jer.

Eh lupa nak bagitahu, malam nih sebenarnya saya dah tahu jantina baby saya! =) Tadi pergi buat 4D scan, tapi result dia taklah memuaskan sangat…pasal doktor tu macam nak cepat2 jer, ramai pulak yang menunggu malam ni. Gambar tak clear sangat, pastu tak nampak sangat muka baby dari depan…sebab baby mengiring. So nampak dari tepi aje. Lagipun baby ummi ni pemalu…macam ummi nye…hihiihih…

Mungkin kena buat lagi sekali, kat tempat lain pulak…insyaAllah…

Tak kisah boboi ke gegurl (bila keluar nanti) yang penting baby sihat, dan cukup sifatnye…amin…kadang2 tekaan doktor bukanlah 100% tepat kan.

At least lepas nih membantu lah sikit ummi nya nih mencari barang baby nak warna pink ke biru…haaaaa…tak pun purple pun cantik gak kan. =)

Tuesday, April 24, 2012

Feveret Fruit

Masa preggy nih elok sangat makan buah-buahan kan. Sebenarnya saya suka semua buah, mungkin ada lah satu dua tiga buah yang kurang digemari. Hubby pun adalah penggemar segala jenis buah. Kat rumah mesti kena ada stok buah-buahan tak kisahlah oren ke, tembikai ke, epal ke, pear ke, buah lai ke, pisang ke, nangka ke...

*credit : Google*

*credit : Google*


Sebenarnya saya ni taklah disiplin sangat nak makan buah ni...kadang2 jer...hehe. Tapi kan, saya perasan sejak preggy nih saya sangat suka makan buah kiwi (yummmmm) dan pisang. Bukan pisang je, segala yang berkaitan dengannya lah macam goreng pisang, jemput pisang, kek pisang, ais krim letak pisang...yummmmm...

Korang tengok je lah gambar buah kat atas tu...tergoda tak? =)






Monday, April 23, 2012

Set Fire To The Rain

video

Sekarang sangat demam dengan lagu nih...sebenarnya dah lama jugak tapi biasalah dia baru nak menjadi2..hehe...Suka lagu-lagu Adele! Memang patut dia menang besar kat Grammy tempoh hari...semua lagu dia hit dan semua orang kenal! Bukan senang British artis nak naik dan diterima kat Amerika.

Bayangkan banyak cerita yang guna lagu Adele ni, dan ramai jugak yang cover lagu nih... =)

Oh ya sebenarnya kan saya nak sangat tengok my fave American Idol contestant tu, Colton Dixon nyanyi lagu nih...tapi versi dia la...sambil main piano..mesti comel..hehe...Tapi apakan daya..Colton dah terkeluar dari AI...huhu sedih. Lepas nih dah tak semangat nak tengok dah.

p/s : Jap edit balik nih...lupa nak bubuh gambar Colton =)


Comelkan senyuman dia...kalau dia senyum automatik i tersenyum...hiks... (hubby jangan marah haaa luv u!)

p/s : Edit kali kedua pasal nak letak jugak gambar Adele..adehh tajuk lagu Adele tetiba gambar si Colton ni pulak...hihihi.



Comel kan Adele... =)

Sunday, April 22, 2012

Hb dah okay dah…

 

2 minggu lepas, saya check up untuk 23 weeks…proses dia macam biasa la, mula-mula amik darah untuk cek tahap kepekatan darah merah (hb) lepas tu cek air kencing untuk cek zat2 yang terkandung dalam tu (yelah kot hehe) lepas tu timbang berat nak monitor naik ke turun lepas tu cek blood pressure, lepas tu cek jantung baby dan cek perut nak ukur tinggi rahim. Uhhh detail nye. Hiks.

Yang sebenarnya nak cerita pasal result hb saya hari tu. Biasanya result memang excellent lah…hehe. Saya pun rasa takde masalah kot sebab memang darah saya banyak…tengok tapak tangan pun merah2 kan…tapi tetap kena makan pil iron yang diberi setiap kali check up tu…sebab bila preggy memang kena ada banyak sel darah merah.

Satu yang saya tak suka, adalah makan pil iron tu! Hehe. Selalu skip…boleh dikatakan seminggu dua kali je kot makan…lagi satu susah sebab dia kata makan sebelum makan, pil vitamin lain makan selepas makan. Selepas makan lagi senang nak ingat…hehe.

Akhirnya, result hb untuk hari tu adalah low…iaitu 10.4 jer…biasanya 11 ke atas…lepas tu teruslah nurse tampal sticker hijau kat buku merah tu…maksudnye perlukan attention. Ditulis pulak perkataan Anemia kat situ…huhu. Tak suka! Dah lah berat naik 2 kilo lebih…

So nurse pun cakaplah, next two weeks nak jumpa lagi…nak cek hb…dan nurse pun bagi pil baru iaitu Obimin…senang sebab sebijik ni je kena makan sekali sehari…sebelum ni kena makan 4 bijik…saya jugak mintak pil kalsium sebab setiap malam kaki cramp!

Otw nak pergi check up…suruh hubby hantar jer…

 

Sebelum : Kena makan pil Iron, Vitamin C, Vitamin B Complex dan Folic Acid (takde lak dlm gambar)…paling tak suka Iron tu lah haaaa…tak luak pun.

 

Selepas : Makan pil kalsium dan obimin jer…senang sangat!

 

So Khamis hari tu saya datang untuk check up susulan tu, 25 weeks…and the result for hb dah naik…hehe….happy! Berat pun naik 500gm ajer…ok lah…kalau tak kena minum air gula…huhu. Risau gak ni sebab saya suka sangat makan manis..sehari kalau takde manis tak boleh duduk…hubby pun dah mula pantau saya… =)

So next check up adalah 3 minggu lagi iaitu 28 weeks…fuhhh dah nak masuk 3rd Trimester tu…hope everything goes smoothly…neves la…heee.

Wednesday, April 18, 2012

Three Musketeers?

Ini gambar sudah diambil dua minggu lepas…

2 preggy mommies and 1 mom to be…hehe…

Last day Kak Nizah keje sebelum bercuti super panjang iaitu 6 bulan! *jeles*

Kebetulan pulak kami bertiga pakai baju warna purple hari tu…kebetulan kan…

 

*Tunjuk perut..tunjuk perut…hehe…Kak Nizah, Wan and me…*

Perut saya kecik lagi berbanding dorang berdua nih…heee. Kak Nizah punya due minggu depan, Wan punye akhir Mei and me akhir Julai…InsyaAllah.

 

Gambar duduk pulak lah…hah hamik siap ada no giliran lagi….hehehhehe. Kebetulan je tu ada nombor tu terus la suruh pegang masing-masing.

Disebabkan nak bagi nampak perutku terpaksa la pegang beria-ria hehehehe…maklumlah gambar masa preggy ni tak banyak…malas betul nak bergambar.

Nape tajuk three musketeers eh? Oh sebab dorang berdua dah scan dan tahu jantina iaitu babyboy (insyaAllah) and me…masih belum tahu lagi…insyaAllah minggu depan nak gi buat 4D scan…26 minggu. Neves nye. Mungkinkah baby ummi ni bakal menjadi musketeers ketiga (dalam seksyen ni, haha) atau bakal menjadi bunga di taman? Hikhik…

Ya Allah, permudahkanlah kami melahirkan bayi yang sihat dan comel ini…amin.

Good luck!

Sunday, April 15, 2012

Nak Beli Ni…Ker Tak?

Assalam…

Lama betul tak update blog kan…ada je cerita sebenarnya tapi malas…huhu…paling malas sekali nak transfer gambar dari kamera ke laptop nih ha…

Baiklah. Malam nih nak cerita tentang baby shopping list. =) Seronok je buat list kan…sekali tengok mak aihhhh panjang oh list nya. Banyak rupanya barang nal dibeli.

Buat masa nih saya belum shopping apa2 lagi kecuali baju je. Tu pun beli sikit2 jer, lama2 jadi bukit…hehe. Yang lain2 semua belum. Nak tunggu bulan Mei nantilah a.k.a 7 months.

Dua benda yang ada dalam list saya (dan mungkin dalam list semua mom to be) iaitu breast pump dan feeding bottle. Saya suka brand Avent Philips tu…rasanya ramai juga yang suka brand ni kan. Dan almaklum jugaklah harga memang agak mahal…berbanding brand lain. Tapi kebetulan Groupon ada promosi untuk kedua2 produk nih! In limited time only! Huhu so kena cepat2 buat keputusan nih. Saya belum klik Buy Now button lagi…tengah fikir2 jugak sebenarnya…walaupun tahu harga dia jauh lebih murah dari kedai lain.

 

avent1

*Avent manual breast pump…for only RM179! Kalau kat luar harga dalam RM299.*

 

avent2

*Avent feeding starter set. Ada 4 bottles dalam tu for only RM128! Kat luar harga dia dalam RM189*

Berbaloi tak? Perlu tak saya beli dua items nih? Memang ada dalam wishlist nih…dapat pulak harga murah. Tapi kena cepat, deal dah nak habis…huhu.

Dah bagitahu hubby nak beli dua nih…hubby tak boleh nak terima kenapa harga semua benda berkaitan baby termasuk baju mesti mahal2? Huhu saya pun tak boleh nak faham gak…nak buat macam mana, kalau dah perlu, kena lah pejam mata je bayar…. *sigh*

Sunday, April 8, 2012

Bercuti Di Saigon : Part 4!

Assalam…

Okay, ni last episod cerita di Saigon…hihi…bila daa mau habis. Lepas nih kalau ada lagi pasal Saigon pun maybe cerita random ajer…

Hari last tu, 29.02.2012, flight kami pukul 4.30 petang. So pagi tu kami breakfast di bilik hotel jer, makan roti…habiskan makanan yang bawak tu…Dah lewat sikit kami pun keluar ke pasar Ben Thanh lagi…for the last time…heee. Mesti balik hotel sebelum pukul 1 sebab nak check out.

Oh yer, semalamnya tu kami dah timbang berat beg-beg kami tu…lepas tu dah tulislah berapa kilo lagi ada kuota…haha…nih pergi Ben Thanh apa lagi….shopping last minute…Kami beli cenderahati, barang hiasan, lepas tu kain sikit lagi…

 

Hubby…saje nak amik gambar kat depan pasar nih..pasal takde tempat lain dah yang menarik…huhu.

 

Me…nak jugak bergambar walaupun takde feel…tengok peyut ummi tecik lagi…hehehe…

 

Kami lunch di Kedai Hjh Basiroh…makan nasi campur…bagi kenyang terus. Lepas nih dah nak say gudbye kat Vietnam nih.

 

Inilah dia restoran Hjh Basiroh tu…belakang pasar Bne Thanh tu jer….

Lepas tu kami balik hotel, packing lagi…aduhhh camana la nak bagi muat beg ni pulak….banyak barang nih. Hubby duk baring dulu…lepaskan penat. Saya duk sibuk pack barang.

Pukul 1, kami check out, sebelum tu timbang lagi kat lobi hotel…alamakkkk terlebih sudahh…apa lagi, unpack balik barang…terpaksa masuk sikit kat hand carry tu…last2 rasanya ok dah kot…tawakkal jer la…walaupun berdebar.

Gi airport naik teksi dari hotel…dalam 20 minit sampai…dah sampai tu tersesat2 gak cari kaunter yang betul…besar jugak airportnye. Lama menunggu okeh…tensen jer ngan pekerja dia yang lambat2…orang dah ramai beratur…hubby je la yang beratur, saya duduk dulu, lenguh dah….

Dahla lama nak tunggu check in beg, fuhhh nasib baik lepas…Turun la ke gate dia tu…ingatkan flight memang pukul 4.30 Malaysia la…rupanya 4.30 dia, maknanya 5.30 waktu Malaysia…Letih menunggu lama kat situ, sampai tertidur2…dengan perut lapar nyer…tak sabar nak makan dalam flight.

Tunggu punya tunggu, akhirnya nampak gak kelibat flight AA landing…dalam flight, kami order makanan banyak oh…lapar punye pasal…haha…

 

Gudbye Saigon! Gudbye Vietnam! We’ll miss u! Huhu….

Tuesday, April 3, 2012

Deko-deko


Fufuh~ (pasal lama tak update blog)

Rumah sekarang sudah banyak cantik...hehe...puji rumah sendiri...langsir sudah ada, karpet sudah ada, rak tv baru sudah ada (tv baru je belum lagi)...alhamdulillah...tapi belum habis kemas lagi la...terutamanya baju tuh! Banyak sungguh! Eh bukanlah banyak sangat sebenarnya tapi almari tu yang kecik...tak muat. So terpaksa la simpan dalam beg guni comel tu dulu mana yang tak pakai sekarang, yang tak perlu gantung2 tu...Kecuali baju yang cantiks-cantiks tu kenala gantung...

Pheww entah bila mahu setel. Sehari buat sikit2 ajer. Yelah kemas sikit je dah penat...

Saya macam...nak cat je dinding rumah tu..hihi...tapi bukanlah nak cat semua, sikit ajer...ruang makan ngan ruang tamu je sikit..ngada2 kan...nak cat warna royal purple...uhh dah in love lah dengan warna purple nih. Oh ye konsep rumah adalah merah + purple...with the touch of white and black..hahahahaa ngada2 lebih kan...tema2 pulak...tapi warna itulah yang sekarang nih dirumahku..comel...kot..walaupun tak pink. Tapi kat karpet tu ada warna pink jugak menyelit...hehehe...mana boleh tinggal.

Lepas tu, tiba2 idea bijak ni pun datangla...taknak cat la, nak pasang wallpaper la...ada corak2...barulah comel sikit...nak corak damask tau, warna purple...suka sangat dengan corak damask...err ada ke yang tak tahu corak damask tu camne?

Alaaa...macam gambar nih ha...comel kan warna purple pink....

*credit : Google*

Hubby mesti tak setuju...nak cat pun belum tentu boleh lagi kan...hehe...yelah sebab bukannye rumah sendiri pun...kalau pindah, susah pulak...kalau rumah sendiri konfem va va voomm saya buat...hihi...rumah tu catnye warna cream...kosong ajer tengok...tu yang saya gunakan warna untuk langsir, sofa, rak tv dan karpet nak bagi ceria...

Hurmmm..tapi hati meronta2 la nak tampal wallpaper nih. Hubby hari tu dah pesan, rumah baru nih takyah tampal2 (alahhh yang wall sticker hiasan yang murah2 tuh...) hehe...maklumlah saya nih kalau boleh semua nak tampal kat dinding...tapi rumah nih kalau boleh nak simple tapi cantik..kalau tampal wall sticker tu maybe sikit2 jer...kena beli yang mahal sikit tu...baru berkualiti...

Jangan salahkan ummi yer sikap mengada2 nih...nih semua pembawakan budak. Hehehee tak baik tau salahkan baby...ok lah ni salah ummi...huhu.

*credit : Google. Bilik nih tema purple...comel kan...*


*credit: Google. Wallpaper nih pun comel...pink hitam...*