Thanks For Following Me!

Sunday, January 13, 2013

Azzahra Demam Kali Pertama


Selama nih anak ummi Azzahra Aisyah tak pernah demam. Tapi dua hari lepas Zahra batuk-batuk. Macam terkejut jugak apa punca Zahra batuk?


Pastu semalam Jumaat malam tu zahra batuk dan muntah susu dengan banyaknya! Aduhhh! Lagi lah risau ummi dibuatnye. Ingat nak pergi klinik terus tapi sebab dah malam so tunggu hingga Sabtu pagi. Lagipun malam tu zahra tak demam cuma batuk dan muntah. Malam nak tidur just sapu Vicks je kat dada dan belakang dia.



Bangun pagi kelmarin, nak bersiap-siap ke Manjung, Perak untuk menghadiri majlis pertunangan adik lelaki bongsu saya tu. Lepas ke Manjung plannye nak stay satu malam di Lumut dengan family semua. Saya dah siap booking satu apartment kat Lumut tu tapi...bila pegang badan zahra, agak panas jugak...lepas tu terus amik termometer, letak kat ketiak dia. Bacaan 37.1. Hurmmm so cancel plan ke Lumut...siap2 nak pergi klinik.





 Cian anak ummi nih akhirnya pada usia 5 bulan 2 minggu Azzahra demam. Demam nak merangkak nih...tiap hari buat percubaan. 



Gi klinik kat dalam PKNS Shah Alam. Klinik ni lama dah kata hubby. Masa dia budak2 dulu lagi.




Muka budak demam dan batuk selsema.



Amik gambar depan klinik lak...hikhik...nih kenangan azzahra demam kali pertama.



Sedih jugak tak dapat hadir ke majlis pertunangan tu...tak dapat enjoy kat Lumut dengan family...tapi takpelah, azzahra lagi penting....biar azzahra sihat  dulu baru boleh jalan. Lenkali je lah kita ke sana ek....

Ok azzahra, nanti kita makan ubat lagi! Harap2 esok azzahra dah okay banyak...boleh ummi gi kerja dengan tenang. Errr sekarang ummi ngan abah lak rasa nak demam. Huhu jangkit ngan zahra ke nih...